|
Utama
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 29 April 2010 |
|
Pihak PKG Manong mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Perpustakaan & Media (GPM) sekolah-sekolah yang berikut kerana telah menjalankan secara berperingkat sistem i-NILAM dan diharapkan agar pihak GPM akan 'mengupdate' data NILAM sekolah tuan;1. SMA Maahad Al-Mizan2. SJK (C) Jerlun3. SJK (C) Manong4. SK Ara Panjang5. SK Senggang6. Sk Sultan Abdul Aziz7. SK Ulu Kenas Sekolah yang berikut adalah sekolah yang masih belum memuatnaik data TMURID.TXT ke sistem i-NILAM. Pihak PKG berharap agar pihak tuan segera memuatnaik data tersebut ke dalam sistem i-NILAM.1. SK Bekor2. SK Jeliang3. SK Kuala Kenas4. SK Lempor5. SK Menora6. SK Rambai Tujuh7. SK Ulu Piol8. SMK Sultan Tajul Ariffin
Kemudahan import TMURID.TXT dibuka 24 Jam setiap hari
Untuk makluman semua Guru Data. Kemudahan import Maklumat Murid (TMURID.TXT) telah dibuka 24jam setiap hari berkuatkuasa pada 24/4/2010 jam 5.20 AM. Kini anda boleh import fail TMURID.TXT pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Proses import dijangkakan mengambil masa antara 10 saat hingga 10 minit bergantung kepada saiz fail TMURID.TXT yang diimport. Sebarang masalah sila email
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Terima kasih @support team :) |
|
Last Updated ( Tuesday, 26 April 2011 )
|
|
|
Selamat Datang Ke Portal Rasmi PKG Manong |
|
Written by Web Master
|
|
Wednesday, 05 May 2010 |
|
Kata-kata Aluan
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya Portal PKG Manong Kuala Kangsar ini berjaya dibangun dan diterbitkan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membangunkan portal ini. Melalui kehadiran portal ini di ruang siber, saya menaruh sepenuh harapan yang ianya dapat membawa PKG ke satu tahap yang lebih tinggi dan cemerlang. Dengan kemampuan dan kepakaran semua warga PKG Manong, portal ini bolehlah dijadikan wadah dan gelangang penyaluran ilmu dan perbahasan intelektual dengan seluruh warga PKG dan insan sarwajagat. Portal ini diharap dapat mendekatkan lagi ukhwah dikalangan PKG Manong dengan kelompok sekolah dibawah PKG Manong ini. Pelbagai kursus dalam talian akan dibangunkan bagi melengkapkan portal ini sebagai saluran pembelajaran berkesan dan juga membantu pengurusan yang lebih cekap. Pembinaan laman web dan portal ni adalah merupakan sebahagian dari perancangan PKG bagi tahun 2010 yang mana kejayaan melancarkannya dalam masa yang singkat akan dapat memenuhi matlamat dan objektif yang perlu dicapai menepati keperluan MS ISO 9001:2000 serta memenuhi kehendak pelanggan. Untuk merealisasikan harapan tersebut, saya berdoa kepada Allah s.w.t agar seluruh warga PKG Manong dapat bekerjasama dan bekerja bersungguh-sungguh bagi mencipta lebih banyak kecemerlangan. Insya Allah. En Zamauri b. Hj. Mohd. Yunus (Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Manong) |
|
Last Updated ( Wednesday, 05 May 2010 )
|
|
| |
|
Newsflash
Assalammualaikum dan salam sejahtera, Adalah dimaklumkan bahawa, Pada awal Mac 2009, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah diarahkan oleh Yg. Bhg. Tan Sri Ketua Setiausaha (KSU) KPM untuk mengemukakan kertas kerja pelaksanaan internet di sekolah pada Jun 2009. BTP telah diarahkan untuk melaksanakan proof of concept teknologi capaian internet untuk sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebanyak 10 buah syarikat telah bersetuju untuk menyertai Proof of Concept (POC) Teknologi Internet ini. Senarai syarikat dan sekolah adalah seperti dilampirkan. Pihak syarikat juga akan melakukan lawatan tapak ke sekolah-sekolah yang terlibat bermula pada 19 Ogos 2009. Jadual lawatan tapak akan di e-mail kemudian setelah semua syarikat menghantar jadual tersebut. Pihak kami mohon kerjasama BTPN dalam menjayakan POC Teknologi Internet ini. Sehubungan dengan itu, satu taklimat bersama BTPN yang terlibat (kecuali Perlis, Kelantan dan Labuan) akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara di atas, sila hubungi Ahmad Tarmizi bin Abdul Kadir 03-2098 6110 / 019-6233754 atau e-mail
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, Ahmad Tarmizi Bin Abdul Kadir Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Repositori dan Rangkaian (RR) Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Tel : 03-2098 6110 Fax : 03-2095 1253 |
Who's Online
|